Thursday, 21 March 2013

Pengenalan

Kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja.

Nenek nenek Si Bongkok Tiga




Cara Permainan :

Pertama ,permainan ini memerlukan peralatan dan dua lagu yang amat merdu. Peralatannya adalah sebuah kain untuk menutup mata si "nenek" dan kedua, sebuah tongkat untuk diberi kepada nenek untuk dipegang. Terdapat dua buah lagu yang dinyanyikan. Salah satu untuk si "cucu" dan yang lagi satu untuk si "nenek" itu.Kedua , harus menentukan siapa yang akan bergelar "nenek". Ini dilakukan dengan pelbagai cara. Contohnya, undian ditentukan dengan "lai la li tam plong". Setelah itu, si nenek akan menutup matanya dengan kain hitam dan akan memegang sebuah tongkat. Cucu-cucu harus membentuk satu bulatan dan si "nenek" akan berada di tengah bulatan itu. Setelah itu, si "cucu" akan mendendangkan sebuah lagu .

Nenek, nenek,si bongkok tiga.
Siang mengantuk,malam berjaga.

Mencari cucu dimana berada.

Nenek kahwin dengan anak raja.

si nenek pula akan mendengdangkan nyanyiannya yang berbunyi seperti ini-
Cucu, cucu tak dapat lari.
Nenek tua banyak sakti.
Sekarang neneknak cari ganti.
Siapa yang kena,dia menjadi.

Si "nenek" harus meneka siapakah cucu yang dipilih. Jikalau tekaannya benar, si "cucu" itu akan menjadi "nenek" pula. Permainan diteruskan jikalau tekaannya salah







Congkak


Sejarah dan Asal Usul


Permainan congkak dipercayai berasal daripada Negara Afrika atau Arab.Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM dijumpai di Jordan.
Dari Timur Tengah,permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupaan pusat perdagangan pada waktu dahulu.Kanak-kanak di Kepulauan Carubran juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai di sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia congkak dikenali dengan nama congklak,manakala di Filipina dikenali sebagai sungka.

Pada zaman dahulu,golongan istana bermainan congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia.Di zaman teknologi ini Terdapat juga permainan congkak dalam talian yang telah dicipta.

Konda Kondi


SEJARAH KONDA KONDI

Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang.
Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.

Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.

PERMAINAN PERTAMA
Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang.

Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.

PERMAINAN KEDUA
Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat.

Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi.

PERMAINAN KETIGA
Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini

Sorok Sorok

ASAL USUL PERMAINAN SOROK2


Dibeberapa tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok atau sembunyi-sembunyi. Kanak-kanak lelaki dan perempuan amat mengemari permainan ini, ia amat mudah dan jumlah pemain yang tidak terhad. Lebih ramai yang bermain lebih mendatangkan keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi mereka. 

Jenis permainan luar rumah dan memerlukan kawasan yang luas, persekitaran rumah akan dijadikan gelanggang. Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka yang menyorok. 

UNDIAN


Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan pencari. Undian secara lai lai li tam plong dijalankan kepada semua pemain. 

CARA BERMAIN DAN PERATURAN


Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri dengan menutup matanya di rumah induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara kuat. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang menyorok disekitar kawasan yang telah ditetapkan. Jika terdapat pemain yang menyorok diluar kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil peranan sebagi pencari pula. 

Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari mereka, hendaklah disebut dengan kuat namanya dan dituruti dengan sebutan ibu. Dalam masa yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit induk, dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh mencuit induk pula. Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok ditemui. 

Setelah seleasi kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka pemain yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula. 

Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu dari pencari ke rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan permainan dimulakan semula. Hal yang sedemikian juga boleh terjadi sekiranya salah seorang dari pemain mencuit rumah induk dengan menjeritkan perkataan ibu, maka permainan akan dimulakan semula dan pencari akan tetap memegang peranannya. 

Oh Som

Bilangan pemain: Dua

Peralatan: tangan anda

Cara Bermain :


1.2 pemain memutuskan bagaimana mata mereka ingin. Katakan 5.

2. pemain meletakkan satu tangan di belakang supaya ia ghaib oleh pemain lain.

3.The pemain akan bermula dengan berkata, '1-2-som' atau '1-2-jusi'. kemudian mengambil keluar sama ada burung, batu atau air.  

  Lihat angka

4.Menang air, air menang batu dan batu menang burung.

5.The pemain akan mendapat 1 mata jika elemen beliau menang pemain lain. Ini berterusan sehingga dia mendapat mata lima

6.kalaw unsur-unsur yang sama, ia dianggap seri dan tiada mata akan diberikan dan permainan diteruskan.

Peraturan


- Setiap pemain perlu mengambil tangan mereka keluar masa yang sama.

Gasing






Jenis - Jenis Gasing


Pengenalan
Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Cara Bermain 


Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

Guli


Cara Bermain :

bagi memulakan permainan, setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. guli yang masuk ke dalam lubang induk ataw hampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan dan diikuti oleh guli2 kedua hampir dan seterusnya.

pemain pertama akan menjentik kepada semua guli yang berada didalam kawasan bulatan agar keluar. sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli2 yang ada taw u all. begitulah seterusnya hingga la pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.

pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat taw, ianya mestila memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. ini memudahakn mereka mengawal permainan.

setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan gulinya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum menjentik guli lawan. sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran pemain lain diberikan.

kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.

dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata rendah. pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik seorang keatas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan..

Galah Panjang

ASAL USUL 

Di Pulau Pinang, permainan ini juga dinamakan Galah Pendek dan juga Toi. Permainan ini memerlukan pemain tersebut untuk mengatur strategi dengan bijak dan bergerak dengan pantas. Permainan ini juga selalu dipertunjukkan di pesta pesta kebudayaan. 


Gelanggang

Ia selalunya dimainkan di luar rumah, kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan. Anggaran antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja. 




PEMAIN.


Dua kumpulan pemain perlu dibentuk , minimum 5 orang pemain setiap kumpulan dan salah seorang adalah ketua dan yang lain adalah awak-awak. Pemain terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa tidak kira golongan wanita mahupun lelaki. 



LANGKAH2 PERMAINAN.



Perlawanan bermula sejurus ketua pasukan penyerang menepuk tangan pasukan bertahan di petak kepala gelangan . sejurus perlawanan bermula, awak-awak boleh mula menyerang tidak kira secara individu atau beramai-ramai. Setiap pemain yang menyerang haruslah melepasi semua garisan sehingga ke garisan belakang. Pemain yang bertahan haruslah menyentuh pihak lawan bagi menghalang dari sampai ke garisan belakang. Sekiranya salah seorang pihak penyerang disentuh maka kumpulan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan sekiranya kumpulan penyerang dikira mati. 


PERATURAN PERMAINAN


Pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang daripada mereka disentuh pasukan bertahan. Pertukaran kedudukan akan dilakukan jika salah seorang dari pasukan penyerang berundur dari garisan permainan yang telah dilepasi. Pasukan penyerang akan dikira kalah jika salah seorang daripada meraka terkeluar dari garisan permainan. 


CARA MENENTUKAN PERMAINAN.


Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang daripada mereka berjaya melepasi kesemua garisan serta berjaya balik ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan yang berjaya melakukan tugas di atas. Pasukan yang berjaya mengumpul mata tertinggi dikira pemenang keseluruhan.

Cap Teh

NAMA2 PANGGILAN BAGI PERMAINAN CHAPTEH DIBEBERAPA BUAH NEGARA.
  • USA - kikbo
  • Vietnam - đá cầu
  • Malaysia -  chapteh or capteh or sepak bulu ayam
  • Singapore (and SE Asia) - chapteh or capteh or chatek
  • Japan - Kebane (蹴羽根)
  • Korea - jegichagi or jeigi (to most Koreans known as sports only for children)
  • Indonesia - bola bulu tangkis or sepak kenchi
  • Philippines - larong sipa
  • Macau - chiquia
  • India - poona (forerunner of badminton) (unknown to most Indians)
  • Greece - Podopterisi
  • France - da câu or plumfoot or pili
  • Poland - zośka
  • The Netherlands - "Voetpluim" or "voet pluim" or "Jianzi"

Asal Usul :
Di beberapa daerah di negeri Johor permainan ini dikenali dengan nama ' sepak yem'. Ia sangat digemari oleh kanak-kanak lelaki di peringkat sekolah rendah. Alat yang digunakan dalam permainan ini ialah serangkai empat helai bulu ayam yang diperbuat. Rangkaian bulu ayam itu dicacak serta diikat di atas sekeping kertas tebal atau sekeping getah yang berukuran dua inci garis pusat. Permainan ini ialah menyepak bulu ayam itu ke atas, seberapa kali yang dapat tanpa jatuh ke tanah.

Cara Bermain :
1. pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki sahaja atau dengan lutut . tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ianya dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah.

2. mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang dan pemenang pula mestila menimbang bola sebanyak 3 kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat.

3. pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi disetiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.

Sepak Raga



ASAL USUL 
Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.
Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
CARA BERMAIN.
Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Wednesday, 20 March 2013

Tutup Botol




Peralatan yg dperlukan:


5 keping tudung/tutup botol (yang besi bkan plastik)

Cara Bermain :

1. susun semua (5 keping) tudung   botol dua ke atas. 


2. letakkan kedua dua ibu jari dkat depan dan blakang tudung 

   botol

3. gerakkan kdua ibu jari ke arah berlawanan untuk ceraikan tutup 

   botol

4. amik satu dari lima tutup botol yang dah diceraikan


5. Pihak lawan akan tunjuk mana yang perlu ditembak


6. tembakan tutup botol hanya dengan satu jentikan. 

   (tutup botol bergoyang sblum jentikan di kire 'garib' & mati)

7. tembakan yang bjaya dsusuli dengan seremban tutup botol 

  

8. markah d kire melalui brape tutup botol yg dapat 

  (1 tutup botol = 2 mata/markah)



Teng Teng

Cara Bermain :

Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam plong.

Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mancampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain yang lain. Jika gundu tidak dapat masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain seterusnya yang akan mengambil alih.

Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki sahaja, tetapi jika ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke dalam petak tersebut denga menggunakan kedua kaki mereka.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka. Setelah itu, pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga denga menggunakan sebelah kaki dan seterusnya, gundu harus dikutip di petak pertama. Pemain, untuk menghabiskan giliran mereka, harus melompat balik ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Batu Seremban



Asal Usul

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.


Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Wau



Asal Usul

Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.




Wau Bulan